CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Article

Khas untuk ibu-ibu yang mengandung..baca yer :)


Tajuk: Makanan untuk mendapat bayi yang sihat


Bayi hanya ada satu sumber makanan iaitu anda. Oleh itu, amat penting untuk anda mengamalkan diet yang pelbagai dan seimbang semasa kehamilan berbanding dengan hari biaasa. Perkara yang perlu anda lakukan ialah makan satu variasi makanan segar yang tidak diproses daripada pilihan di bawah:


a) Kalsium

  • Zat makanan ini penting untuk perkembangan gigi dan tulang bayi yang mula terbentuk kira-kira pada minggu kelapan. 
  • Semasa kehamilan, anda memerlukan dua kali ganda kalsium berbanding pada hari biasa. 
  • Sumber yang baik bagi ketegori zat ini seperti sayur-sayuran hijau, susu tanpa lemak, keju, dan dadih.



b) Protein

  • Cuba makan pelbagai makanan yang kaya dengan zat ini. 
  • Antara makanan yang mempunyai protein yang tinggi adalah ikan, daging, kekacang, dan hasil tenusu. 
  • Seeloknya pilihlah daging tanpa lemak serta elakkan pengambilan telur mentah atau telur separuh masak dan pastikan semua telur yang anda beli adalah segar.



c) Vitamin C

  •  Zat makanan ini penting untuk membantu membina plancenta yang kuat dan mengelakkan jangkitan kuman serta membantu penyerapan ferum.
  • Vitamin C boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Vitamin jenis ini diperlukan setiap hari kerana zat makanan ini tidak dapat disimpan dalam badan. 
  • Seeloknya sayur-sayuran cuma dikukus sahaja buat seketika. 
  • Elakkan memasak terlalu lama kerana keadaan ini akan membuatkan zat yang terkandung dalam ssyur-sayuran tersebut hilang. 
  • Bagi buah pula, lebih elok dimakan tanpa dimasak.



d) Serabut

  •  Serabut merupakan makanan yang paling penting terutama kepada ibu mengandung kepada kebiasaannya pada saat kehamilan, sembelit biasa berlaku. 
  • Serabut dapat mengelakkan berlakunya masalah sembelit. 
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan makanan yang mempunyai serabut yang tinggi. 
  • Namun begitu, terdapat juga makanan lain yang mempunyai kandungan serabut yang tinggi contohnya pasta gandum penuh, kacang pes, beras ceruh, dan sebagainya.



e) Asid Folik

  •  Asid folik penting untuk perkembangan sistem saraf bayi, terutamanya dalam trimester pertama. 
  • Badan tidak dapat menyimpan nutrien ini. Semasa kehamilan, bahan ini dikeluarkan beberapa kali daripada jumlah biasa. 
  • Sayur-sayuran segar berdaun hijau gelap merupakan sumber yang baik bagi asid folik.



f) Ferum

  •  Bayi perlu membina bekalan ferumnya selepas dilahirkan manakala darah tambahan yang dihasilkan oleh ibu hamil memerlukan ferum untuk mengangkut oksigen. 
  • Ferum daripada sumber haiwan lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding makanan kekacang atau buah kering. 
  • Perlu diingatkan walaupun hati merupakan sumber yang baik bagi ferum, namun bahan ini juga mengandungi vitamin A yang tinggi. 
  • Disebabkan vitamin A yang berlebihan boleh merosakkan perkembangan bayi, maka elakkan daripada memakan hati ataupun makanan yang berasaskan hati.
*untuk artikel 'Makanan Bayi' sila klik link ni k.. http://sheilaclickshoppe.blogspot.com/p/makanan-untuk-bayi.html


No comments:

Post a Comment